Wednesday 27 June 2012

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN





Persoalan mengenai adakah malam nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tertentu dan adakah terdapat larangan untuk menghidupkan malam tersebut merupakan perkara khilaf di kalangan para ulama’. Namun begitu khilaf yang berlaku bukanlah untuk menimbulkan kepada perpecahan umat Islam.

Mengenai persoalan di atas, MANHAL PMRAM membawa fatwa yang diberikan oleh Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir yang menyatakan harus menghidupkan malam Nisfu Syaaban kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang istimewa. Hujah-hujah yang diberikan dalam fatwa beliau ialah :

1-   Terdapat hadis Nabi SAW yang menerangkan berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban, antaranya ialah hadis yang Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan”[1]
Walau hadis di atas merupakan dalam kategori hadis yang lemah namun terdapat banyak hadis yang lain yang menguatkannya berkenaan dengan kelebihan malam nisfu Syaaban. Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (jilid ke-3, m/s 442, cetakan Dar Al-Fikr), dan beliau berkata bahawa kesemua hadis-hadis tersebut (berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban) merupakan hujah bagi menjawab dakwaan pihak yang menafikan kelebihan malam nisfu Syaaban.
2-   Pensyariatan menghidupkan (hukumnya harus) malam nisfu Syaaban adalah berdasarkan kepada amalan para salafus soleh bahkan ia merupakan pendapat majoriti ulama’ dan ia dilakukan di Negara-negara Islam. Antaranya ialah pendapat Imam As-Syafie yang dinyatakan dalam kitab Al-Um (jilid pertama, m/s 264, cetakan Dar Al-Fikr) iaitu : terdapat 5 malam yang dimakbulkan doa iaitu malam Jumaat, malam Eidul Adha, malam Eidul Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.
3-   Berkata Imam Al-Fakihi (wafat pada tahun 272 H) di dalam kitabnya yang berjudul “ Akhbar Makkah Fi Qadimi Ad-Dahr Wa Hadisihi” (jilid ke-3, m/s 84, cetakan Dar Al-Hadhr) : antara amalan dan ijtihad penduduk Mekah pada malam nisfu Syaaban disebabkan kelebihan yang terdapat pada malam tersebut ialah mereka samada lelaki dan wanita akan keluar menuju ke masjid, mereka akan solat, melakukan tawaf dan menghidupkan malam tersebut dengan membaca Al-Quran sehingga khatam di dalam Masjid Al-Haram sehinggalah waktu Subuh dan mereka juga melakukan ibadah solat.
4-   Berkata Syeikh Zainuddin bin Nujaim Al-Hanafi (ulama’ besar Hanafi) dalam kitab yang berjudul “Al-Bahr Ar-Raiq” (jilid ke-2, m/s 56 cetakan Dar Al-Makrifat) : antara perbuatan sunat ialah dengan menghidupkan 10 malam bulan Ramadhan, dua malam Raya, malam kesepuluh Zul-Hijjah dan malam nisfu Syaaban, sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis mengenainya (kelebihan menghidupkan malam-malam tersebut).
5-   Syeikh Ibnu Taimiyah Al-Hanbali sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al-Fatawa Al-Kubra (jilid ke-5, m/s 344, cetakan Dar Al-Kutub Al-Ilmiah) : Adapaun pada malam nisfu Syaaban tersebut mempunyai kelebihan, dan para salafus soleh melakukan ibadah solat pada malam tersebut (dengan erti kata menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan melakukan ibadah).
6-   Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali menyatakan di dalam kitabnya yang berjudul “Latoif Al-Ma’arif  Fima Al-Mawasim Al-‘Am Min Al-Wazoif” (m/s 263, cetakan Dar Ibnu Kathir) : Ulama Syam berbeza pendapat dalam menyatakan sifat atau bentuk menghidupkan malam (yang mempunyai kelebihan seperti malam nisfu Syaaban) kepada 2 pandangan :
1)    Harus menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan) secara berjemaah iaitu beramai-ramai di masjid. Dan ia bukan termasuk dalam perkara bid’ah (iaitu bid’ah yang terlarang).
2)    Makruh menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan) secara beramai-ramai di masjid seperti solat dan zikir, namun harus iaitu tidak makruh jika melakukan secara individu. Ini merupakan pendapat Imam l-Auza’i.
Maka berdasarkan kepada perselisihan pendapat di atas, dapat dilihat bahawa ulama’ sepakat bahawa disyariatkan iaitu harus serta sunat menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan), namun mereka hanya berbeza mengenai cara menghidupkannya samada secara jemaah atau sendiri, dan perbezaan yang berlaku tersebut hanya melibatkan hukum makruh, tidak sampai ke tahap yang haram. Namun yang lebih tepat ialah harus dan tidak makruh kerana suruhan berbentuk galakan menghidupkan malam-malam tersebut merupakan suruhan yang berbentuk mutlak iaitu tidak diperincikan cara bagaimana ia termasuk dalam apa jua jenis ibadah yang disyariatkan. Justeru apabila ia dilakukan secara individu mahupun berjemaah maka ia adalah satu perbuatan yang baik dan elok.

Sehubungan itu, berkenaan dengan fadhilat malam nisfu Syaaban serta menghidupkannya dengan ibadah-ibadah merupakan khilaf ulama’. Justeru MANHAL PMRAM membawakan terjemahan daripada fatwa Syeikh Ali Jumaah yang menyatakan terdapat pandangan ulama’ yang menyatakan hukumnya adalah harus. Maka bagi sesiapa yang ingin menghidupkan malam nisfu Syaaban terdapat hujah-hujah yang mengharuskan. Manakala bagi pihak yang tidak mahu menghidupkan malam-malam tersebut termasuk malam nisfu Syaaban maka ia terpulang kerana hukum adalah harus, bukan wajib. Bagi mereka yang melakukan dapat pahala sunat, dan yang tidak mahu melakukan tidak berdosa. Ia merupakan khilaf pada perkara cabang. Selaku umat Islam, kita perlu memahami adab berkhilaf dan tidak menjadikan khilaf yang berlaku sebagai perpecahan. Jagalah kesatuan umat Islam, dan beramallah dengan keyakinan berdasarkan hujah-hujah yang jelas, bukan hanya taklid tanpa pengetahuan.

Wallahu a’lam

Terjemahan dan olahan oleh :

Muhamad Zuhaili bin Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
**Terjemahan dan olahan dari Majalah Al-Azhar, keluaran Bulan Syaaban 1433 H / Julai 2012, m/s 1834-1835
selamat petang semua..
so hari ni kita sambung buat blog lagi la yeee..

Wednesday 20 June 2012

RamAdHAN Menghampiri...SerOnok

http://www.babycenter.com.my/malay/baby/diet-wanita-menyusui/

Diet untuk wanita sihat yang menyusui


Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

Apa yang perlu saya makan?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.




my baby in ward...
jaundice..kesian

macam nak makan

aii macam nak makan apa ye?
emmm burger? mcD? pizza?

  1. www.pizza.com

hari ini

emm ahri ini blajar nak wat blog...ntah apa la yang aku nak buat nii

Pening semua kawan2ku